Monday, November 16, 2009

Peranan Pendebat Kedua

Setelah kita telusuri peranan pendebat pertama, kini mari kita teliti pula peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pndebat kedua ataupun lebih tepat lagi untuk kita katakan apakah struktur ucapan yang sepatutnya disampaikan oleh pendebat kedua.

Pendebat kedua

Kerajaan/Pembangkang
  • Dimulakan dengan kata aluan
  • Menyatakan peranan sendiri
  • Menjawab persoalan dan pertikaian pihak lawan serta membidas pihak lawan ( Untuk bahagian bidasan,pembahas kedua yang baik, fokuskan kepada bidasan pendekatan yang dibawa oleh pihak lawan, dan kalau boleh cuba elakkan membidas hujah kerana tugas membidas hujah adalah tugas pendebat ketiga)
  • Membawa hujah kedua yang dianalisis dengan baik.( Ingat, jgn pentingkan berapa banyak fakta yang ada, tetapi pentingkan macamana kita analisis fakta dengan baik,dan disampaiakn dengan berstruktur dari fasa pertama hujah hinggalah fasa akhir hujah bagi setiap fakta )
  • Membawa hujah ketiga.
Untuk dimuhasabah: Kebanyakan pendebat kedua terlalu suka untuk mebuat bidasan yang panjang sehingga masa untuk menyampaikan dua lagi hujah tidak sempat sedangkan peranan pendebat kedua adalah untuk menyampaikan hujah pihak sendiri dengan baik dan berkesan. Justeru, urus dan kawal masa ucapan anda agar anda boleh membuat pertikaian kepada lawan dan membawa hujah pihak sendiri dengan berkesan dan baik.

No comments: