KAMI PENDEBAT SMSTMFP
Monday, November 28, 2011
Update.
insyaallah.
owner baru blog stakat ni ialah Amzar Zafran . Terima kasih.
Monday, November 23, 2009
USUL DEBAT PIALA DIRAJA 2009
POLITIK
1. Pilihanraya Kecil Perlu Dimansuhkan.
2. UMNO Perlu Rakan Kongsi Baru.
3. Isu Bai’ah: Sandiwara Politik.
4. Pindaan Perlindungan UMNO Adalah Penawar.
5. Gaji Wakil Rakyat Wajar Dinaikkan.
6. Krisis MCA: Cerita Lama Pelakon Baru.
7. ISA Melindungi Keselamatan Rakyat Malaysia.
8. Ancaman Pengganas Hanya Propaganda Kuasa Besar Dunia.
9. Korea Utara Perlu Diberi Peluang.
10. Tarian Pandet Hanya Alasan.
11. Palestin Perlu Beralah.
12. 1 Malaysia Simbol Politik.
13. Penjanjian Nuklear As-Iran Berat Sebelah.
14. Keselamatan Laluan Perdagangan: Kita Tidak Bersatu.
15. Wilayah Autonomi Penawar Krisis.
16. Hadiah Keamanan Nobel Dipolitikkan.
17. Kerajaan Perpaduan Perlu Diteruskan
18. Pakatan Rakyat Tidak Lagi Relevan.
19. Ahmadinejad Hang Jebat Dunia Islam.
20. Obama Mengecewakan Misi Keamanan Dunia.
EKONOMI
1. Pengeluaran KWSP Untuk Mengeluarkan Haji Wajar.
2. Wakaf Alternative Ekonomi Sejagat.
3. Pasar Raya Besar Lubuk Emas IKS.
4. Asean Perlu Menjadi Blok Ekonomi.
5. Sudah Tiba Masanya Sistem Brettenwood Diganti.
6. FAO Perlu Transformasi.
7. F1 1 Malaysia Satu Pembaziran.
8. Bajet 2010 Membebankan Rakyat.
9. Liberalisasi Ekonomi Tidak Liberal.
10. OIC Perlu Matawang Sendiri.
11. Biotech Menjana Ekonomi Negara.
12. Pembangunan Ekonomi Meruntuhkan Moral Masyarakat.
Sosial
1. Bola Sepak Malaysia: Hampas Bukan Teras.
2. Pembangunan Sukan Di Malaysia Tidak Mencukupi.
3. Masyarakat Malaysia Tidak Minat Sukan.
4. Pendidikan Kita Ketinggalan.
5. Pertandingan Ratu Cantik Satu Penghinaan.
6. Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Di Malaysia Memuaskan.
7. Facebook: Lebih Sudu Daripada Kuah.
8. Malaysia Di Sukan Olimpik: Ibarat Pungguk Rindukan Bulan.
9. Atlet Malaysia Tidak Sedar Diuntung.
10. Mansuh PPSMI Bukan Jawapan Terbaik.
11. Universiti APEX Tidak Cukup Satu.
12. Biofuel: Iklim Nombor Satu, Makanan Nombor Dua.
13. Pendidikan Alam Sekitar Wajar Diajar Di Sekolah.
14. Drama Berunsur Tahyul Perlu Diharamkan.
15. Afdlin Shauki: P.Ramlee Generasi Baru.
16. Rancangan Realiti: Kebajikan Plastik.
17. Bank Bayi Perlu Diwujudkan.
18. Demi Kesihatan Sudah Tiba Masanya Rokok Diharamkan.
19. Orang Gaji: Hamba Sahaya Zaman Moden.
20. Jualan Murah Gimik Peniaga.
HUMOR/PERIBAHASA
1. Perkahwinan Bukti Cinta.
2. Kanak-Kanak Perlu Lebih Bermain.
3. Hitam Itu Menawan.
4. Panas Lebih Baik Dari Hujan.
5. Pisang Lebih Enak Dari Epal.
6. Poligami Perlu Disokong.
7. Bergelap-Gelap Didalam Terang.
Friday, November 20, 2009
ASEAN
Pengenalan
ASEAN adalah singkatan bagi Association of Southeast Asian Nations yang dikenali dalam bahasa
ASEAN yang dianggotai 10 negara mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 515 juta orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama dengan jumlah keluasan lebih kurang 4.5 juta kilometer persegi.
Negara-negara Pengasas ASEAN
Negara Anggota ASEAN Dan Tarikh Kemasukan
Filipina 8 Ogos 1967
Singapura 8 Ogos 1967
Kemboja 30 April 1999
Sejarah
ASEAN atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 selepas satu sidang kemuncak diadakan di Bangkok dan dihadiri oleh perwakilan Kerajaan Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Dalam sidang kemuncak ini satu deklarasi telah ditandatangani, iaitu Deklarasi
Rantau ASEAN mempunyai populasi penduduk kira-kira 500 juta orang, dengan keluasan 4.5 juta kilometer persegi dan jumlah keluaran domestik bersama kira-kira US$ 737 billion.
Penyertaan
Matlamat Penubuhan ASEAN
· M Mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur.
· Memupuk keamanan dan kestabilan serantau dengan menjungjung tinggi keadilan dan keluhuran undang-undang dari segi hubungan antara negara di rantau ini, di samping berpegang teguh pada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu.
· Memupuk kerjasama serta semangat bantu-membantu dalam bidang pendidikan, professional, teknikal dan pentadbiran.
· Bekerjasama dengan lebih berkesan bagi memajukan bidang pertanian dan industri, meningkatkan perdagangan termasuk dengan membuat kajian mengenai perdagangan komoditi antarabangsa, memajukan kemudahan pengangkutan dan komuniksi serta memperbaiki taraf hidup penduduk.
· Memperbanyakkan lagi kajian mengenai Asia Tenggara.
Kerjasama Dalam Bidang Politik dan Keselamatan
Kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan menjadi agenda utama ASEAN pada peringkat awal penubuhannya. Antara agenda penting ASEAN yang melibatkan isu-isu politik dan keselamatan ialah:
· ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dn Berkecuali) 1971.
· Perjanjian Berbaik-baik dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) 1976.
· Deklarasi Konkord ASEAN 1976.
· Forum Serantau ASEAN (ARF) 1994.
· Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara 1995.
Kerjasama Dalam Bidang Ekonomi
Antara kerjasama ekonomi yang dilaksanakana oleh ASEAN ialah:
· Projek Industri ASEAN 1976.
· Skim Pelengkap INdustri ASEAN 1981.
· Skim Usahasama Perindustrian ASEAN 1983.
· Kawasan Perdagangan Bebas Asean (afta) 1992.
· Skim Keutamaan Tarif Sama Rata Berkesan (CEPT) 1993.
Sidang Kemuncak ASEAN dan Negara Tuan Rumah
· Si Sidang Kemuncak Pertama – Bali, Indonesia (1976)
· Sidang Kemuncak Kedua - Kuala Lumpur, Malaysia (1977).
· Sidang Kemuncak Ketiga – Manila, Filipina (1987).
· Sidang Kemuncak Keempat – Singapura (1992).
· Sidang Kemuncak Kelima – Bangkok, Thailand (1995).
· Sidang Kemuncak Keenam – Hanoi, Vietnam (1998).
· Sidang Kemuncak Ketujuh – Bandar Seri Bagawan, Brunei (2001)
· Sidang Kemuncak Kelapan – Phnom Penh, Kemboja (2002).
Sidang Kemuncak ASEAN Dengan Rakan Dialog
· Si Sidang Kemuncak ASEAN+3 Pertama –
· Sidang Kemuncak ASEAN+3 Kedua –
· Sidang Kemuncak ASEAN+3 Ketiga –
· Sidang Kemuncak ASEAN+3 Keempat – Singapura (2000)
· Sidang Kemuncak ASEAN+3 Kelima –
· Sidang Kemuncak ASEAN+3 Keenam –
Rakan dialog ASEAN terdiri daripada
p/s:1. untuk fakta yang lebih lengkap, sila cari apa isu yang dibincangkan dalam setiap sidang kemuncak ASEAN, cari apakah langkah, usaha yang dilaksanakan untuk menggerakkan perkara yang dibincangkan dalam sidang kemuncak, cari kesan pelaksanaan langkah tersebut, berjaya ataupun tidak (cari faktor yang menyebabkan wujud kesan berjaya 2 tidak berjaya ini)
2. Dalam kerjasama keselematan, politik, ekonomi, dan sosial, cuba cari apa perkara yang telah dilaksanakan, apa isu yang timbul, apa langkah untuk mengatasi isu yg timbul melalui kerjasama ini, kemudian cari keberkesanan langkah yang diambil, berjaya @ tidak.
Semoga membantu. -muiz-
Wednesday, November 18, 2009
Penggulungan
- Masa penggulungan yang diberikan dalam kebanyakan pertandingan debat adalah sebanyak 4 minit.
- Menjadi satu keperluan untuk kita memanfaatkan masa 4 minit ini betul-betul.
- Banyak teknik penggulungan sebenarnya. Ada orang menggulung kes pihak lawan terlebih dahulu, kemudian menggulung kes sendiri.Ada orang menggulung dengan cara membandingkan satu demi satu aspek pihak sendiri dan pihak lawan.
- Untuk penggulungan yang baik, dicadangkan penggulung menceritakan apakah sebenarnya situasi yang berlaku dalam debat.
- Elakkan kembali berhujah dan elakkan juga kembali membidas.Tidak salah untuk berbuat demikian, tetapi seperti sedia maklum, tugas berhujah dan membidas adalah sewaktu memberi ucapan 7 minit.Bermakna, kalau kita melakukan perkara yang sama, maknanya penggulungan kita tidaklah signifikan dalam perdebatan.
- Banyakkan bermain sentimen yang berkaitan dengan usul, kes dan hujah sewaktu penggulungan. (Gunakan teknik membujuk yang berkesan, bermain dengan perasaan dan sebagainya)
Tuesday, November 17, 2009
Peranan Pendebat Ketiga
- Dimulakan dengan kata aluan
- Menyatakan tugas/struktur ucapan sendiri
- Membidas konsep dan pendekatan pihak lawan
- Membidas setiap hujah lawan
- Mulakan dengan menyebut balik kes @ hujah lawan, restate,
- Kemudian rebut,membidas dengan meragukan kes @ fakta/hujah,
- Dan penting untuk gantikan dengan alternatif ,replace facts
Monday, November 16, 2009
Peranan Pendebat Kedua
- Dimulakan dengan kata aluan
- Menyatakan peranan sendiri
- Menjawab persoalan dan pertikaian pihak lawan serta membidas pihak lawan ( Untuk bahagian bidasan,pembahas kedua yang baik, fokuskan kepada bidasan pendekatan yang dibawa oleh pihak lawan, dan kalau boleh cuba elakkan membidas hujah kerana tugas membidas hujah adalah tugas pendebat ketiga)
- Membawa hujah kedua yang dianalisis dengan baik.( Ingat, jgn pentingkan berapa banyak fakta yang ada, tetapi pentingkan macamana kita analisis fakta dengan baik,dan disampaiakn dengan berstruktur dari fasa pertama hujah hinggalah fasa akhir hujah bagi setiap fakta )
- Membawa hujah ketiga.
Friday, November 13, 2009
Peranan Pendebat Pertama
- Dimulakan dengan kata-kata aluan(Ucapan pendahuluan utk siapa yg ada dalam dewan? kalau ala parlimen, Tuan YgDipertua, Pihak Kerajaan, Pembangkang, dan Ahli Dewan yg bersidang)
- Pendefinisian secara literal (boleh jadi kamus dewan sebagai sumber pendifinisian, x perlu panjang dan teliti sangat)
- Pendifinisian secara konseptual (Pendifinisian secara tersirat tentang apa yang kita ingin bawa/terjemah tentang usul perdebatan, setiap pendefinisian memerlukan penelitian dan penterjemahan yg baik dan jelas, sesetengah frasa dalam usul memerlukan sumber autoritatif, kuat seperti dari mana2 Jabatan,Persatuan, Kementerian, buku2,orang2 ternama seperti Tun Dr. Mahathir, dan sebagainya)
- Pendirian/premis kerajaan
- Beban bukti utk pembangkang (Apa yg perlu pembangkang buktikan untuk lawan kes kerajaan secara berdepan dan bersemuka)
- Menyebut tugas ahli2 meja kerajaan. (Pendebat pertama, kedua dan ketiga)
- Membawa hujah pertama. (Hujah perlulah disampaikan dengan jelas dan teliti. Perlu diingatkan, bukan berapa banyak fakta yang penting dalam hujah kita, tetapi, macamana kita analisi hujah dgn baik utk menepati kehendak usul adalah yg sepatutnya!)
- Penutup (Menyimpulkan apa kes kerajaan dan hujah yg dibawakan sebentar td)
- Pendahuluan. (Sama dengan panel kerajaan)
- Terima/tolak definisi. (Terima/tolak definisi bukanlah definisi literal tetapi pendifinisian secara konseptual yg dibentangkan oleh panel kerajaan. Untuk pendebat pertama pembangkang yang baik, buat persoalan/pertikaian pada frasa yang menjadi titik pertikaian dalam dewan perdebatan. Cthnya, PPSMI Perlu Dimansuhkan, {titik pertikaian dlm usul ini adalah perlu.} Persoalkan mengapa perlu dimansuhkan? [teliti apa kayu ukur perlu mereka?], kemudian persoalkan adakah betul keperluan PPSMI dimansuhkan yang mereka ceritakan, dan adakah keperluan itu dibuktikan dalam penghujahan kerajaan kemudian cadangkan kepada kerajaan, macamana sepatutnya untuk buktikan PPSMI sebenarnya perlu dimansuhkan)
- Menyatakan pendirian panel pembangkang. (Tak perlu lemparkan beban bukti seperti panel kerajaan, sebaliknya pembangkang yang pelru menjawab beban bukti yg dilemparkan panel kerajaan, kebiasaannya, beban bukti panel kerajaan itulah sebenarnya kes panel pembangkang)
- Menyatakan peranan ahli2 panel pembangkang
- Memulakan hujah pertama pembangkang.
- Penutup. (Menyimpulkan kes pembangkang dan hujah yg dibentangkan sebentar td)